Thursday 5 April 2012

Sejarah Pengaturcaraan..

Tahukah anda bahawa perkataan komputer sebenarnya bukanlah merujuk kepada mesin komputer tetapi istilah komputer merujuk kepada kumpulan ahli matematik yang melakukan perkiraan logaritma and fungsi trigonometric selama berhari menggunakan peralatan pengiraan yang primitif. kumpulan matematik ini melakukan 'computation' dan digelar computer. jadi bagaimana istilah ini bertukar kepada mesin yang kita guna pakai seharian. insyaallah kita akan mengetahuinya selepas ini.







merujuk kepada sejarah, peralatan mesin perkiraan mula dicipta pada tahun 1880 lagi apabila orang perancis iaitu joseph marie jacquard dengan ciptaannya iaitu punchcard. mesin ciptaannya berfungsi secara automatik untuk mengawal benang. selepas melalui perubahan zaman, punchcardnya juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis kegunaan seperti mengawal piano secara automatik dan menyimpan program untuk komputer. akan tetapi ciptaannya masih belum layak digelarkan sebagai komputer kerana kekurangan banyak ciri2 komputer









Alatan pertama yang layak digelarkan sebagai komputer ialah ciptaan charles Babbage iaitu deference engine. Charles Babbage amat tidak menyukai pengiraan menggunakan tangan. oleh itu beliau menciptakan mesin difference engine tersebut. akan tetapi beliau tidak sempat menghabiskannya kerana terus mencipta mesin pengiraan yang lain menggunakan engine steam.
Selepas 150 tahun babbage mereka konsepnya, mesin awal Babbage akhirnya siap dibina daripada pelan asal oleh pasukan di Muzium Sains London.   Mesin akhir, yang dibina daripada besi campuran, gangsa,dan keluli, terdiri daripada 4000 komponen, dengan berat 3 tan, dan 10 kaki lebar dan 6 kaki ½ tinggi. Ia melakukan  pengiraan pada awal tahun 1990-an dan mendapat keputusan  31 digit ketepatan. ianya jauh lebih tepat daripada kalkulator poket.














Konrad Zuse dan Z1
selepas berakhirnya perang dunia ke2, telah dijumpai sebuah mesin mechanical yg komplek yg digelarkan Z1. ia dicipta  oleh konrad zeus iaitu seorang arkitek german didalam rumah ibu bapanya. lebih menarik tentang zuse ialah sebenarnya tidak tahu menahu tentang pengiraan algebra dan tidak tahu menahu tentang percubaan mencipta komputer pada zamannya. mesin yang diciptanya adalah bertujuan untuk melakukan pengiraan untuknya. lebih menarik lagi kiraannya yang diterjemahkan adalah dalam bentuk decimal. akan tetapi pengiraan dalaman adalah dalam bentuk binari digit. jadi, ia merupakan mesin komputer yg pertama menggunakan kaedah binari, yg digunapakai oleh komputer pada zaman sekarang. banyak pakar komputer mengatakan bahawa ciptaan Zuse adalah sebuah komputer yg selayaknya digelarkan sebuah komputer pertama yang dihasilkan. 






Harvard Mark I computer
semua rekaan komputer sebelum ini masih tidak menampakkan ciri sebuah komputer kerana ia tidak mempunyai bentuk dan rupa seakan komputer. bahkan tidak menggunakan elektronik untuk menjalankan operasi pengiraannya. akan tetapi selepas penciptaan ABC komputer, ia boleh dikatakan menampakkan ciri komputer yg sebenar. akan tetapi ABC komputer tidak sempat disiapkan menyebabkan ia tidak boleh diiktiraf.  akhirnya muncul sebuah ciptaan yang layak digelarkan ciptaan komputer pada zaman moden iaitu Harvard Mark I computer.
Automatic Sequence Controlled Calculator(ASCC) ataupun gelarannya Harvard Mark I merupakan komputer pertama yang berjaya melakukan pengiraan yang panjang secara automatik.  Projek ini dijalankan oleh proffesor harvard Dr howard Aiken.ia dicipta oleh enginer IBM di endicott, New York. saiznya yang besar  iaitu sepanjang
51 kaki (16 mdan lapan kaki tinggi ASCC menggunakan 800 km wayar dengan tiga juta sambungan. Ia adalah kalkulator elektromekanikal yang terbesar dalam industri.

No comments:

Post a Comment